Majlis Graduasi Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2019

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 dan 24 Februari 2019 yang lalu, Staff Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah menghadiri Majlis Graduasi Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2019 dibawah kelolaan Universiti Malaysia Kelantan. Majlis Graduasi

Program usahawan yang dijalankan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui wakil mereka iaitu Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), dengan kerjasama NERA Malaysia Sdn Bhd bermula pada Januari 2017 Setelah melalui beberapa fasa atau siri latihan, ini adalah kemuncak kepada proses pembelajaran terutama kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Majlis graduasi ini diadakan bertujuan untuk menghargai Pengurus dan Penolong Pengurus yang berjaya menamatkan proses pembelajaran.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali